MARI MARI CULTURAL VILLAGE  

Posted by Beruang Madu

Salam Sayang semua...

Salam bersiaran dari beruangmadu.com... hehehehe lama sekali tak muncul di layar perak ni. Orait salam bersiaran juga dari negeri di bawah bayu ni. Jauh jauh di dalam negeri di bawah bayu ni telah ada perkampungan penduduk tradisi yang dibina semula sebagai memperingati segala suku kaum di Sabah ni.

pa083629

Tidak satu tidak dua malahan banyak sekali dibina di sini untuk orang orang penduduk peribumi yang telah mengasimilasikan diri mereka dengan kehidupan moden dari luar agar tidak lupa asal usul meraka itu. Dan selain dari itu juga di gunakan sebagai senjata komersial untuk tujuan pelancongan... kepelbagaian budaya telah mengindahkan dunia.

pa083151

Okay lah, inilah dianya satu tempat yang melambangkan kebudayaan suku kaum di Sabah ni dinamakan dengan Mari Mari Cultural Village. Lokasinya berdekatan dengan air terjun Kionsom tempat riadah penduduk tempatan dihujung minggu.

pa082929

Sebaik saja masuk ke mari selepas di daftarkan di reception dan kemudian diberi penerangan ringkas, kami di bawa masuk dengan berkumpulan dan sebaik masuk ke dalam melintasi jambatan gantung yang tak berapa tinggi ni, kami telah disergah oleh beberapa orang dari dalam yang berpakaian tradisi dengan hebatnya.

Kemudian kami pun dibawa dari satu rumah ke satu rumah tradisi suku kaum di sini dan ditunjukkan apakah aktiviti di rumah rumah ini.... Jadi saksikan penerangan bergambar....

pa082961

Beginilah keadaan perkampungan tradisi tersebut yang di jaga rapi...

pa082958

Aktiviti bermula sebaik sahaja kami melintasi jambatan gantung selepas reception...

pa082985

Kami diserbu oleh berberapa ramai dari pahlawan pahlawan tradisi suku kaum di sini dengan pakaian hebat mereka seperti di bawah

pa082976

pa082967

Hebatkan pakaian diorang... dan kemudian kami di bawa ke rumah rumah di sini dan ditunjukkan beberapa peralatan kegunaan harian dari dulu...

pa083012

bekas minuman untuk kaum wanita yang biasa tanpa ditajamkan hujungnya

pa083013

bekas minuman untuk kaum lelaki yang ditajamkan hujungnya tujuan sebagai senjata, kaum lelaki dahulu kerjanya bersiap sedia untuk bergaduh agaknya

pa083016

tempat memasak yang digunakan di salah satu rumah tradisi

pa083020

pandangan dari dalam salah satu rumah melihatkan kesibukkan para pelancong melihat aktiviti penduduk asli kampung ni... ini lah aktiviti mereka...

pa083071

kami di ajar bagaimana penduduk pada zaman dahulu memasak dengan menggunakan cara membakar dan memanggang saja dan inilah sebabnya dahulu mereka lebih sihat dari kita sekarang... tanpa toksik lerrr...

pa083073

bahan bahan yang digunakan untuk memasak ... dan di masak dengan cara begini...

pa083079

dibakar dalam buluh bagaikan lemang... tapi menjadi makanan yang sedap sekali

pa083028

buluh yang digunakan sebagai cawan pada zaman dahulu dan minuman yang dihidangkan sedap sekali rasanya, berkali kali Abg Bear minum... campuran air, gula dan daun pandan yang direbus dengan air sungai

pa083029

bekas di atas digunakan untuk memasak nasi kalau tak salah...

pa083056

Abg Bear dan beberapa pemandu pelancong berehat sebentar sementara ahli ahli yang lain sibuk diuruskan oleh pemandu pelancong tempat ini

pa083060

Sekali lagi permandangan kampung tradisi di sini dan...

pa083033

pahlawan zaman silam dengan pakaian mereka... errr kalau zaman dulu tu takder seluar hitam tu yer... terus mata jer tu, tapi kalau buat sekarang, abis semua orang lari...

Selain dari itu kami ditunjukkan juga bagaimana orang orang pada zaman dahulu membuat api tanpa menggunakan belerang atau gas... dan memang menjadi... kalau korang sesat kat dalam hutan boleh lah guna tradisi ni untuk menghidupkan api

pa083110

pa083125

pa083127

dan ianya sentiasa menjadi... kami memberikan tepukan gemuruh pada kejayaan ni... sebab?? kami memang tak pandai buat...

Selain dari itu kami juga belajar untuk membuat sejenis kuih tradisi yang umumnya di Semenanjung memanggilnya dengan kuih kapit. Inilah dia...

pa083290

Campuran tepung beras dan air serta gula... beras banyak sekali di sini suatu ketika dahulu dan selain di makan dan di buat kuih muih, beras juga digunakan untuk membuat wain beras yang paling popular dan membuatkan mereka mabuk...

pa083301

Salah seorang pelancong yang sukarela membuat kuih kapit... nampak mudah sangat

pa083275

Dan di bakar dengan menggunakan kayu lagi...

pa083283

Inilah dia hasilnya... kuih kapit dari Sabah... sedap tak?? sedap bah!!!!!

pa083133

Rehat sekejap dan saksikan lagi keindahan perkampungan ni... lagi kami di ajar apa? Kami di ajar satu kebolehan memburu zaman silam iaitu menyumpit...

pa083348

menyumpit adalah salah satu kaedah memburu salah satu suku kaum di sini

pa083330

Selain dari itu mereka juga menggunkan lembing sebagai senjata dan memburu..

pa083398

Kegemaran membuat tatoo juga menjadi perkara tradisi sehingga sebahagian mereka memilikkinya dengan seni yang sangat menarik... Abg Bear suka tengok orang bertatoo kat Sabah ni... tak hensem pun jadi hensem....

pa083373a

Kegemaran menghisap rokok daun juga menjadi kebiasaan bagi mereka sehingga ke hari ini.... tengoklah anak muda yang comel ini, kecik kecik lagi dah pandai isap rokok tapi jangan tak tahu, dia adalah leading dancer di sini. Di bawah ni Abg Bear tunjukkan air sirap kosong yang tadinya Abg Bear minum...

pa083306

pa083305

Seperti di sebut... inilah dia cawannya yang digunakan untuk minum sirap kosong tu

pa083256

dan inilah cara memasak sirap tu... air sungai, gula dan daun pandan... sedap bahhhhh!!!! sangat sedap...

pa083262

Sekali lagi lihatlah keindahan kampung di sini... siap dengan ayam ayam nya lagi... menarikkan?? untuk siapa siapa yang tak pernah lihat ayam kampung tu...

pa083577

Sebelum pulang, kami di bawa ke bangunan terakhir di mana letaknya tempat penari penari menunjukkan kehebatan tarian mereka dan menjemput sama para pelancong untuk menari buluh yang mengerikan itu... Abg Bear tak berani nak cuba mende ni.

pa083456

Dan juga ada dijual cendera mata untuk di bawa pulang tapi Abg Bear tak beli apa apa pun sebab banyak kat Filipin Market... hahahah sorry semua!!!

pa083136

Dan sebelum pulang ini lah kami perkenalkan Operation Manager yang cantik manis, bekas ratu cantik Sabah... berhubung lah dengan dia untuk ke mari.

Sebelum kami beredar, disediakan juga makan siang untuk kami semasa kami melihat tarian yang menyeronokkan dengan kelincahan dan ketangkasan penari penari tradisional nya. Tempat ini dibuka kepada 3 sessi iaitu pagi petang dan malam dan di setiap sessi disediakan juga makanan seperti makan tengah hari, makan petang dan juga makan malam. Agaknya bagaimana lah rupa nya kalau kami pegi malam. Konon nya ada main bakar bakar lagi... sesekali nanti Abg Bear nak pegi lah.. seronok gak...

Syabas Abg Bear ucapkan untuk pentadbiran Mari Mari Cutural Village.

Salam Sayang Beruang Madu


KIBUNUT  

Posted by Beruang Madu

pb075992

pb075914

gidong01

pb076069

pb075962

gidong2

pb076114

pb075938

gidong3

pb075818

pb075996

gidong4

pb076002

pb076025

gidong5

pb076125

pb075943

shah02

pb076108

pb076036

shah-gidong

pb075854

pb075920

shah-gidong2

pb076071

pb075951

pb075991

Salam Sayang Beruang Madu



SALAM SAYANG SEMUA  

Posted by Beruang Madu

Salam sayang semua,

Disebabkan blog rasmi abg bear sudah beroperasi semula dan dengan gambar yang lebih cantik dan menarik, maka pengunjung blog ini diminta kembali ke blog asal iaitu


Segala kesulitan adalah amat dikesali...

Salam Sayang Beruang Madu

OPEN HOUSE-HOMESTAY  

Posted by Beruang Madu in

Salam Sayang semua...

Walau agak slow tapi Abg Bear tetap akan update blog ni yer. Jadi cerita kali ni ialah cerita pada masa hari raya hari tu jugak. Dalam salah satu hari raya tu, Abg Bear dijemput oleh kawan baik untuk bertandang ke rumah seseorang dari suku kaum Dusun Tatana di daerah Kuala Penyu untuk melihat bagaimanalah sambutan rumah terbuka di sini dibuat sekali dengan bersama sama melihat makanan dan cara cara masakan suku kaum ni. Wahhhh.. memang lah Abg Bear tak tolak bila bab makan makan ni lagi lagi kes kes terpencil macam nih... so ke sana kita.

p9222657

Perjalanan ke sana memakan masa lebih kurang 3 jam dari Kota Kinabalu dan tempatnya ialah di Pantai Sawangan. Kami pegi bertujuh dan rupa rupanya ada tujuan lain kedatangan ke sini iaitu untuk menjadikan rumah dan kawasan sekitarnya ini sebagai tapak untuk program homestay. Satu kerja yang Abg Bear tak berapa paham tapi yang paham ialah bab makan makan.

rumah02

Di kawasan terpencil ni dan berdekatan dengan Pantai Sawangan dan berdekatan juga dengan Pulau Tiga atau Pulau Survivor (ingat tak siri Survivor pertama buat kat Sabah... haaa kat sini lah.. terus diorang panggil pulau tu Pulau Survivor.. kelas kan??) inilah telah didirikan dua buah rumah di kawasan seluas 15 hektar (ke ekar... tak pasti) dan melihat rumah ni dan sekitar nya saja nafas dah separuh nyawa... alangkah indah nya kawasan ni... begitu cantik dan damai sekali dan kalau lah dibuat calet di kawasan ni sebagai tempat rehat dengan kedudukan yang dekat dengan pantai... wowww mesti best yang teramat sangat... kejap Abg Bear tarik nafas kejap... wahhhhh!!!!

rumah03

Inilah rupa dalam rumah tersebut tapi program homestay memungkinkan rumah ni digunakan untuk tujuan tersebut

rumah01

Kami pun melihat lihat lah kawasan sekitaran rumah ni dan sekali juga di kawasan rumah tu ialah rumah orang tua kawan tu yang dah tak ada tapi kakaknya berdua dengan suami yang menjaga tempat tu. Kalau lah tempat tu kepunyaan Abg Bear, harus Abg Bear hidup lebih lama.. segar sekali segala udara dan sekitarannya.

pantai03

Pada masa kami sibuk ke sana ke mari tu, perkara paling utama Abg Bear ke mari tu ialah soal makanan telah disiap siap kan oleh tuan rumah sejak dari malam sebelumnya. Special nya orang Dusun Tatana ialah makanan yang disediakan rata-rata makanan yang sangat sihat yang tidak tercemar oleh minyak (adalah minyak untuk masak kari tu) yang kebanyakkan nya di bakar atau direbus sahaja. Sambil bergambar sambil bercerita yer pasal makanan tu.

p9222722

Inilah dia final segala masakan yang disediakan diorang, yang ni pun tak semua dapat masuk kamera dan tak semua sempat di masak... ada beberapa lagi hidangan yang tak sempat dimasak sebab yang ni jer dah terlalu banyak untuk semua keluarga yang ada termasuk kami...

Sementara proses menyediakan makanan berjalan terus, oleh kerana ini program homestay maka Abg Bear ikut lah aktiviti diorang dan tak sangka diorang pun ada ketupat jadi apa lagi, Abg Bear pun menunjukkan lah skil menganyam ketupat Abg Bear yang tersohor tu... hahahaha tujuk pandai katanya... barulah Abg Bear tahu masa ni yang ketupat bawang yang selalu Abg Bear buat tu dipanggil ketupat Hidup Anak. Kononnya zaman dulu kaum Dusun Tatana ni akan membuat ketupat dan untuk mengejutkan anak diorang masa bangun tido, dihadiahkan ketupat sorang satu. Dan dapatlah nama tu... unik sekali tapi Abg Bear suruh diorang guna nama ketupat bawang sebab itu nama worldwide.

bear1

Dan sekali dengan kerja kerja berborak dan berbual yang berpanjangan tu, Abg Bear pun turun tangan memasak apa yang ada di situ. Maka jumpa lah benda benda baru, daun itu daun ini yang semuanya guna nama Dusun. Seperti yang Abg Bear cerita tadi, kebanyakkan masakan diorang ni mengunakan teknik rebus dan bakar yang sihat tu dan paling menggembirakan hati Abg Bear masa sebelum masuk ke kawasan ni lagi sudah diberitahu yang kami akan dapat hidangan lazat kegemaran Abg Bear... ini lah dia.. taraaaaaaaa.... BELANGKAS...!!!! yeaaaa... orang Johor suka Belangkas sebab Sultan dia suka.... hahahahaha...

p9222499

Inilah dia rupa belangkas yg bakal masuk perut Abg Bear... diorang dapat yang besar punya sebesar kuali 15 inci dan katanya yang kecil ada nama lain dan bukan belangkas... tak kisah lah... penting aku telan....

belangkas3belangkas2

Di luar di sebelah belakang rumah... proses membakar belangkas dibuat dengan api yang besar... kesian pun ada tapi inilah lumrah alam kan... yang macam buluh bersandar tu bukan lemang yer.. itu nibong yang bakar ala ala rebus dan bakal di makan isinya yang sedap begitu saja tanpa bahan tambahan...

p9222579

Ginilah rupa belangkas yang dah dibakar terlebih tapi sedap sangat tu.... dan di bawah pulak ialah proses membuka badannya untuk di ambil isinya... Abg Bear dok sebelah untuk menelan apa yang dah dikeluarkan... sedap sehhhh!!!

belangkas1

Gitu gitu suka pun sebenarnya ini kali pertama Abg Bear makan Belangkas yang di bakar, kalau pernah makan pun dulu kecik kecik dan itupun taklah dapat makan direct, dibakar dan di masak lemak kuning cili api. Tapi kali ni dibakar (kesilapan berlaku sebab well done sangat sampai rentung) dan Abg Bear rasa inilah cara masak belangkas paling sedap sekali dan makanan lain semua jatuh nombor dua... sedap bahhhhh!!! Sampai hari ni masih ingat lagi...

p9222496

Sementara itu oleh kerana belangkas biasa ditangkap berdua-dua (kan ada peribahasa 'macam belangkas' tu.. haaa maksudnya pasangan yang ke sana ke mari berdua jerrrr...) maka pasangan belangkas ni iaitu yang betina dan mempunyai telur pada badannya akan digunakan untuk masakan lain di mana ianya direbus dan kelihatan agak mentah... yang ni Abg Bear takleh makan.. kan ker Abg Bear ni anti-sushi... takut termuntah... apa ke nama masakkannya yer... Umai ker gitu... tak ingatlah... banyak bercakap dari merekod masa tu...

lauk02

Makanan lain pada hari tersebut ialah.. ikut arah jam dari atas yer... ketam rebus, inilah rupanya Umai iaitu telur belangkas yang dimasamkan dan di makan bergaram, kemudian remis sejenis haiwan berkerang dari pantai Sawangan dan yang tu Abg Bear tak pasti apa tapi dah dikeluarkan dari kerangnya...

lauk03

Ikan masak kuning atau kunyit, sayur apa yer... tak ingat tapi goreng campur dgn umbut nibong yang sangat sedap tu, remis sekali lagi yang direbus dan kari ayam... Untuk proses masakan sayur tu, Abg Bear ikut sama memasak di bawah panduan kakak dan abang tuan rumah dan hasilnya memang sedaplah...

p9222530

Ini adalah bahan yang digunakan untuk memasak ikan tersebut iaitu campuran kunyit dengan kelapa muda yang dibakar dan kemudian digiling sampai lumat, tidak dijual di mana mana yer... memang sedap!!!

bear2

Ni dia proses memasak sayur yang simple tapi sedap... hmmm ok jugak dapat masak masak begini kan... korang lihat di depan tempat masak tu ada tingkap besar kan.. angin keluar masuk memberikan kesegaran semasa memasak..

Dan di sini juga Abg Bear tunjukkan bagaimana kesungguhan seluruh isi keluarga memasak dan membantu untuk menyiapkan hidangan yang begitu banyak tadi...

makanan02

Sebahagian memotong nibong, sebahagian menyiang ikan, sebahagian lain memotong ketupat

makanan01

Keluarga yang muhibah dari pelbagai kaum dapat dilihat dimana kakak ipar kawan kita ni adalah dari keturunan Cina dan ikut sama anak beranak memasak ketam dan kari... nampakkan...???

lauk01

Dua dia atas ialah jantung pisang yang banyak sekali disediakan dicicah sambal asam dan juga ubi kayu yang biasa. Di bawah tu ialah umbut nibong di kiri dan empulur pisang di kanan... yang dua ni dah tak sempat nak di masak sebab dah lewat sangat dan dan terlalu banyak makanan lain disediakan...

lauk05

Yang di atas itu lah dia umbut Nibong yang dibakar bersama sama dengan belangkas tadi.. lembut sekali macam ubi... sedap tapi katanya berhati hati untuk orang yang perutnya tak kuat... perut Abg Bear memang power!!! dan juga pelbagai buah buahan serta kuih muih... rajin sungguh diorang nih pasal menyediakan makanan... tak tidur malam katanya..

p9222592

Abg Bear memberikan pose istimewa bersama Joanna Kitingan (familiar tak nama ni??) di ruang belakang yang berangin sebelum menghadap hidangan... dan bila dah siap diturun turun kan... maka kami pun makan lah macam dinasour kelaparan... target utama Abg Bear ialah.... jeng jeng jeng BELANGKASSSSSS!!!

lauk04

bear4

bear3

Nampak tak? nampak tak? Abg Bear dengan baiknya makan kat sudut atas tu... tunduk dan kyusuk makan tak pandang lain ... itulah penangan Belangkas!!!

p9222785

dan inilah dia wajah kepuasan yang amat sangat setelah makan sekira kira seekor gajah gitunya....

makanan03

Bila dah habis makan semuanya tersandar dan melepak mengambil angin sebelum meeting dimulakan untuk program homestay... mana pegi Abg Bear yer... mana lagi, pegi ruang depan ambil bantal... membadak lah apa lagi... letih ooo makan banyak gitu... yang peting rehat bahhhh.... mana Abg Bear tahu pasal homestay homestay ni...

Bila dah habis meeting Abg Bear pun terbangun lah dan sebelum pulang kami berkunjung dulu ke tepi pantai Sawangan yang damai untuk melihat lihat keindahan pantai dan merehat rehat kan minda sebelum pulang.

pantai01

pantai02

Abg Bear dengan ini sangat berbesar hati dan sangat berterima kasih kepada tuan rumah Kak Ning suami isteri dan juga kepada pemilik estate ini. Inilah trip makanan yang paling menarik sekali yang Abg Bear pernah lalui semata mata disebabkan makanan dan ramah tamah seisi keluarga... hehehehehe

Terima kasih banyak banyak...

p9222794

Salam Sayang Beruang Madu


p/s: untuk visual yang lebih jelas, silakan ke www.beruangmadu.com

RAYA DIPERANTAUAN - DAY 2  

Posted by Beruang Madu in

Salam Sayang semua...

Sempat jugak nak update tapi ini cerita hari kedua Hari Raya di Sabah nih.

Kami menerima beberapa undangan untuk open house hari ni. Empat tempat sebenarnya. Dua di Papar, satu di KK dan satu di Tuaran. Oleh kerana kami ni sangat efficien dengan masa, jadi taktik yang biasanya orang guna untuk orang cepat datang ke rumah ialah dengan menambah masa open house tu. Contohnya kalau dia nak orang datang pukul 11 pagi, dia akan kata open house tu start kul 9 pagi. Jadi orang tetap akan lambat (biasalah orang Malaysia!!! hehehe) tapi hujung hujung akan sampai pada pukul 11 tu.

Jadi rumah pertama yang kami pegi ni adalah rumah kawan baik Shah di tempat kerja dan iklan jemputan ialah jam 9 pagi ke atas. Tup tup masa kami sampai tuan rumah tak siap mengemas lagi. Hahahah kesian dia, masih lagi menyapu sampah tapi nasib baik juga semua makanan dah siap. Mintak maap je lah yer... Abg Bear tak tahu lah kiranya mintak datang lambat sikit dan bukan kul 8.59 pagi.

Tapi sebab Abg Bear tak rapat ngan member ni, takder lah gambar yang diambil. Malulah... dan yang bestnya rumah ni ialah makanan yang disediakan ialah makanan Jawa kebanyakkannya yg dari Johor. Apa lagi... Abg Bear trus makan pagi dan tengahari lah dengan gear lima Abg Bear tarik. Ketupat nasik, sambal goreng, laksa johor dan macam macam lagi. Kat sini jer dah kenyang buntang. Rumah kawan ni pun cantik sangat dekorasinya dan menggunakan ciri ciri Anjung Seri dan Impiana gitu. Tak lama kat sini, kami pun balik ke rumah sebelum keluar semula untuk ke Papar. Maaf.. rumah Dr Zuki takder gambar... diulang.. takder gambar...

Kami sampai di Papar agak lewat disebabkan ada sorang wakil rakyat wat open house kat Kinarut (kalau tak salah lah nama bandar ni)... tu dia amik ko, jem punyalah panjang berkilo kilo jauhnya... sabar jer lah. Pun gitu kami sampai juga ke Kampung Benoni di Papar yang majoritinya adalah masyarakat Melayu Brunei. Dan inilah tuan rumah tu... En Abdul Hani kita.

p9212355

Rumahnya besar dan cantik dan sekali lagi Abg Bear malu nak amik gambar. Tapi sebab kami bertiga duduk kan.. nampak sangat Abg Bear dah kembali ke saiz asal cuma dalam masa 2 hari jer. Iktibar dari ini... kalau ko raya maka pakai lah baju melayu tu, barulah nampak slim melim... kalau tak, ko tengok lah... bergantang gantang bentuk Abg Bear.. erghhhhh... sebab takder gambar lain... gunalah jugak gambar nih.

Kat rumah Hani ni paling seronok ialah Abg Bear dapat rendang rusa yang fresh... hasil dari memburu beberapa hari sebelum raya. Kan best macam tu, nak raya jer bukan ke pasar tapi masuk hutan, carik periuk kera, carik nibong, tembak rusa... wahhh.. free semua dan segar segar lagi. Terima kasih kat Hani sebab tau tau jer Abg Bear mengidam rendang rusa beberapa hari sebelum tu....

Habis kat rumah Hani kami ke rumah Mael dekat di situ jugak... tapi di rumah Mael pun Abg Bear malu mau nak amik gambar, Mael tak sihat katanya dan juadah pun semua beli saja... tak apa lah Mael, yang penting kami datang beraya... juadah juadah tu no dua. Tak lama kat rumah Mael, ada Gigi ada Ham ada Nazim dan kami hangkut Hani sekali. Dan oleh kerana malu malu nak amik gambar jadi... sampai tertinggal kamera kat sana. Mujur baik kami belum jauh Shah tersedar. Kalau tak mesti dah nanges nak patah balik.

Kemudian kami balik rumah nak rehat setelah berjuang dari pagi sampai petang menahan nafsu... hehehehe ko tak hingat henjut ketupat kat rumah orang pagi petang. Dan kami balik dah rehat lah... menunggu sampai kul 5 nak gi rumah kawan kami Rem kat Tuaran sana.

Menjelang petang kami ke sana memasukki waktu maghrib. Pada masa kami melintasi memasukki area Tuaran tu kami terpandang seekor kuda padi berwarna putih kat simpang jalan. Tahu tak kuda padi tu apa?? Itulah yang omputih panggil 'pony'. Memula kami suka tengok dan tahu di area tu memang ada kawasan ternakan kuda dan tempat lumba kuda. Tapi bila dah jauh baru terfikir, apa pulak kuda padi putih buat kat luar maghrib2 macam ni... Ehhh tetiba jadi seram pulak, dah lah tempat tu hutan sepanjang jalan. Duh!!!

Seperti biasa kalau sampai rumah orang, kamilah yang paling awal. Di sambut mesra oleh tuan rumah yang rumahnya besar kemain tu. Rumah gaya rungus lama bertiang tinggi... wahhh bestnya rumah dia, rumah kampung yang tenang dan damai. Masa tu tuan rumah pun sedang sibuk memasak yang final final punya dan kami pun explore lah rumah dia yang cantik tu.... ini lah ruang dalam rumah kawan kami tu...

p9212384

p9212382

dan ini pula ruang dapur kering di tingkat atas tempat kami bersantai makan makan....

p9212381

Selepas tu, ada empat orang lagi datang beraya dan dua orang darinya kami saling kenal mengenal. Tiba tiba jadi riuh rendah rumah tu dengan gelak ketawa tak henti henti. Sebelum Abg Bear tunjuk muka muka kami malam tu, ini dia makanan makanan lazat yang disediakan untuk kami..

p9212368

Nasi kuning yang sangat sedap... Abg Bear pernah masak ni tapi kawan ni masak lagi nampak cantik lah... cemana yer??

p9212366

Spagetti.. kata nya sedap bagi peminat makanan barat.. Abg Bear ni lidah belacan jadi tak leh nak jadi food tester untuk yang ni... tapi sedap lah jugak bagi Abg Bear

p9212370

Sup empulur pisang yang katanya membantu mencernaan dengan baik... ok gak dan sedap juga

p9212372

Dan sayur labu masak lemak kuning... ini memang Abg Bear suka... so kalau suka makan lah beberpa round... kali ni takder buah terap so kami dihidangkan dengan buah pisang yang besar besar saiznya...

p9212375

Itulah hari kedua Abg Bear beraya sana sini di Sabah ni. Terima kasih kepada semua tuan tuan rumah yang menjemput kami dengan makanan yang lazat lazat itu. Maaf maaf untuk yang tak der gambar...

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin...!!!!

Salam Sayang Beruang Madu

BABY DANCE  

Posted by Beruang Madu

RAYA DI PERANTAUAN  

Posted by Beruang Madu in

Salam sayang semua...

Terlampau lama tak update blog kan... bersawang yang melampau macam rumah kena tinggal perang dunia jer. Tapi pelan pelan Abg Bear akan update lah... malas kemain, entah hantu mana dah masuk badan nih... Ehhh salahkan hantu pulak kan... gitu!!!

Okay, semua tahu pada tahun ni Abg Bear dan Dr Shah akan beraya di perantauan, nun di Kota Kinabalu. Bukan tak sedih tak balik tahun ni, sedihlah jugak tapi kemeriahan di Kota Kinabalu ni dapatlah mengubat rindu di kampung. Untuk anak anak sedara ku, maaf maaflah yer... raya tahun ni kuranglah pendapatan korang. Ampun maaf dipinta mensuci hening dosa.... hehehehehe.

Orait, pada tahun ni taknak lah jadi macam raya haji ntah tahun bila tu, kami berdua jer beraya kat rumah. Dah tu yang datang semua pakai macam nak gi parti jer. Jadi tahun ni kami pilih untuk beraya bersama satu keluarga adik angkat Abg Bear yang comel montel... ArnabGumuk (check tentang ArnabGumuk di sini dan sini yer) dan kami panggil dia Ham. Kami dah kenal bertahun tahun dan lagi keluarga dia ni besar dan mesra ya amat ngan kami. So dia lah yang paling selesa untuk kami tinggal.

Kami datang lewat petang ketika hampir sungkai (berbuka posa) dan langsung bersungkai tak lama kemudian. Habis habis sungkai jer Abg Bear dah nak singsing baju nak ke dapur. Itu amalan Abg Bear di kampung. Rupanya lambat lagi, kat sini diorang tunggu pengumuman sambil wat yang lite lite dulu. Jadi, target Abg Bear ialah nak anyam ketupat. Kegemaran dan kepakaran Abg Bear.

p9192195

sessi menganyam ketupat adalah perkara wajib bagi Abg Bear dan mungkin juga ini satu sebab lain kenapa keluarga Ham yang kami pilih, sebab diorang buat kelonsong ketupat

Ham memang baik bila sediakan daun untuk Abg Bear anyam. Siap kami keluar kejap ke KK semata mata nak carik daun ketupat dan juga membeli belah di saat saat akhir. Penuh sesak semua pasaraya kat sini tapi yang bagusnya jalanraya tidaklah sesak. Selesa lite lite jugak.

p9192201

Shah yang pandai membuat ketupat yang paling susah nak buat, ketupat jantung, tapi cuma ketupat tu jer dia tahu.. kelassss....

Balik rumah jer first thing Abg Bear terus bukak kelas menganyam ketupat. Dari ketupat pasar, ketupat bawang, ketupat dada itik sampai lah ketupat mengarut2 yang tak dak nama lagi tu. So keluarlah nama ketupat pari dan ketupat berudu yang abang Ham bagi nama. Bagus dia, di pandai wat ketupat bawang but nak belajar gak wat ketupat lain walau last last kembali ke ketupat bawang. Shah seperti kebiasaannya kepakarannya membuat ketupat jantung. Jantung jer lah dia menggentel... heheheh doktor doktor jugak...

p9192209

juadah sampingan sementara menunggu untuk memasak itu dan ini... durian!!!!

Sementara tu Ham dan kakak kakaknya sibuk di dapur memasak untuk lauk pauk makan esoknya. Ada rendang, ayam masak merah, laksa, nasi daging dan lain lain dan kami hanya menganyam ketupat jer... Baik betul Abg ni kan. Tapi inilah satu yang Abg Bear respek pasal Ham ni, sepanjang malam tak henti henti memasak sampai pagi dan tido pun 2 jam jer pas tu sambung balik memasak sampai terang benderang. Pun masih tersenyum simpul paginya. Kalau lah Abg Bear tu mau nya dah keluar taring.

p9192192

Ham yang sangat sibuk di dapur... memang dia nilah tulang belakang dalam bab masak memasak untuk hari besar macam ni... rajin dia... tu ayam 5 ekor dia sorang kerja kan... sampai jadi lauk!!

p9192212

Ini juadah unik di sini di mana diaorang mencari periuk kera di hutan dan diambil kelongsangnya dan kemudian diisikan pulut dan di tanak...tapi yang di tanak tak sempat nak ambil gambar... Abg Bear dah kelaparan..

Tapi pagi tu Abg Bear tak sempat nak makan pagi dan terus jer ke masjid utk solat hari raya. Punyalah semangat Pak Iman nih... panjang pulak lah dia punya kutbah, Abg Bear dah terbayang rendang jer ngan nasi daging. Habis jer solat, sampai rumah Ham (kami jalan kaki okay... pehhh tapi tak jauhlah) sepatutnya amik gambar dulu. Tapi tak larat nak tunggu lah, masuk dapur terus baham nasik dulu.

Masa tu rumah Ham dah penuh ngan sedara mara dia yang datang dari pelusuk dunia. Meriah ya amat sangat rumah Ham. Katanya beginilah tetiap tahun. Kalah jauh ngan rumah Abg Bear di kampung sampaikan nak keluar pun keta kena blok... kena tunggu kejap.

p9202244

Sanak saudara yang tak putus putus berkunjung dari pagi sampai petang.... meriah ya amat...

p9202295

Budak ni cute sangat dan suka sangat bergambar jadi bila suruh senyum dia terus senyum... heiiii... haaa kalau korang nak tengok, in 5 years time, kulit muka Abg Bear akan jadi macam kulit muka dia tu lah... makan hati lah korang!!!

Masuk tengah hari sikit, Abg Bear dan Shah ke rumah kenalan Shah dekat ngan rumah Ham tu. Wan Rashid namanya. Rumahnya cantik sungguh dgn perabut kayu kayan yang berukir ukir dan selesa betul. Dapur dia... waduhhhh... idaman Abg Bear tau. Tapi sayang by the time sampai sini Abg Bear dah pun tarik gear 4 kat rumah Ham tadi. Jadi Wan maaf maaf jer lah yer, makanan tu semua sedap sedap tapi perut Abg Bear dah bukan perut stokin lagi... penuh betul dia. Nasib baik lepas tu kami pegi sebuah rumah jer sebab yang dua lagi kensel.

p9192194

Haaa inilah dia rumah Wan Rashid... sorry yer Wan, Abg Bear kidnap gambar ni dari facebook Wan... pinjam jer.. kamera dia tetap milik adik Wan tu...

Habis kat rumah Wah Rashid, Abg Bear balik semula ke rumah untuk amik Ham dan kami pergi ke area Inanam utk ke rumah kenalan lama Abg Bear. Kawan ni dan isterinya memang rajin dan sangat humble. Selama ni dia selalu cakap merendah diri, konon rumahnya kecil macam rumah kampung lah, anak ramai lah tapi bila sampai sana, nah ko tengok peti sejuk memang untuk anak 5 punya, mesin basuh pun punya lah besar dekat 15 kilo punya dan banyak bahagian rumah dia wahhhh.... kayu kayu jati perabutnya.

Kesitu pulaknya yang Abg Bear check kan. Teruk betul. Selama ni Abg Bear pun taklah pandang rendah kat dia dan dia pun taklah sombong. Makanan dia tadi semua di masak sendiri termasuklah kek cheese yang sedap itu. Pukul berapa ko start masak nih?? Rajin lah sungguh. Kami bertiga datang malu malu kucing... tapi baham makanan macam naga... sedap lah bang... tahun depan jemput lagi yer, nah jadik!!!

p9202282

Inilah kawan lama Abg Bear dengan baby baru dia... laki bini kerja, anak 5 tapi buleh sambung belajar, boleh wat bisnes sampingan, buleh ada rumah berperabut jati... humble pulak tu laki bini... erghhh kita nak beralasan untuk maju kena tengok dia ni lah... pun Abg Bear respek dia!!!

Balik ke rumah Ham, kami ingat nak lepak lepak kat dalam bilik dia yang nyaman sangat tu tapi bila sampai jer, tetamu tetap tak putus putus datang dan seronoknya bila kawan kami GG dan Mael dan Nazim datang, terus ala ala melayan tetamu khas kan gitu.

p9202335

Nah... lima bersaudara... hmmm enam sebenarnya termasuk tukang amik gambar... tulah sapa suruh lambat datang.. kan dah habis lauk lauk yang sedap tu, dapatlah korek korek dari periuk tu... takper, nanti rumah Mael jangan abiskan yer...

Sebelum dari tu sessi fotografi keluarga pun bermula. Ruang tamu bertukar menjadi studio dan kalau orang sporting, gambar mesti menjadi punya. Keluarga Ham memang sporting jadi banyak gambar yang menjadi. Nanti korang check kat galleri di bawah ni yer...

p9202317

Keluarga Ham sedang ready untuk sessi fotografi, ini tak complete nih... kalau complete memang kena pakai wide angle lah nampaknya... itu ruang tamu yang bertukar menjadi studio kejap dengan arahan dari Abg Bear lah... hahaha rumah orang wat macam rumah sendiri...

Habis jer berpot pet ngan GG dan Mael (lama lah jugak makan berjam jam) makan kami pun beransur pulang ke rumah. Kalau kami letih dan mengantuk, bayangkanlah penat dan mengantuknya Ham... kesian adik Abg Bear tu, kami balik jer dia terus flat dan tertidur sampai jam 9.30 baru bangun. Dan kami pun sampai sampai rumah terus tertidur dalam kekenyangan. Wahhhh inilah hari raya yang menggembirakan sangat walau di rantau orang. Besok plannya kami akan ke Papar ke rumah keluarga Mael pulak dan beberapa orang kawan lain. Ahhh bestnya kalau beraya jer kan kan kan...

p9202250

Penampilan istimewa dari ArnabGumuk, Beruang Madu dan Shah's Rambling...

Untuk Ham sekeluarga termasuk kakak abang dan anak anak sedara serta tak lupa Ayah Ibu Ham, Abg Bear dan Shah mengucapkan berbanyak banyak terima kasih kerana melayan kami dengan baik. Kami tak kekok di rumah kalian. Budi baik kalian semua akan kami kenang selama lamanya.

Dan untuk gambar gambar tambahan, boleh lah tengok di galeri di bawah yer... daaaa...

Salam Sayang Beruang Madu

p/s: untuk melihat gambar lain di galeri tu sila lah ke www.beruangmadu.com yer...

My Blog List

Archives